Gempar ! Zionis Israel Mengganas pada Malam 27 Ramadhan di Masjidil Aqsa ketika Umat Islam sedang solat terawih !

205 orang cedera parah semasa pertahankan kesucian Masjidil Aqsa.
Play Video

ASSALAMUALAIKUM!

Saya Ustaz Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim.

Di pagi 27 ramadhan, saya terima whatsapp bertalu talu dari ramai rakan saya di bumi Palestin.

Mereka menyampaikan berita tergempar yang cukup menyayatkan hati saya.

Saat puluhan ribu umat Islam Palestin sedang solat terawih di Masjid Aqsa, mereka diserang tanpa belas kasihan oleh tentera zionis Israel laknatullah.

Tembakan dilepaskan. Bom dibaling. Pintu masjid dipecahkan. Bahkan, Al Quran dipijak2 dalam operasi membantai umat Islam Palestin.

Tumpah air mata saya saat melihat kejamnya si zionis memijak kepala umat Islam yang sedang bersujud.

Mereka sungguh melampau!

Air mata saya tumpah sekali lagi saat melihat ada seorang pemuda buta matanya dan berdarah darah akibat dicederakan oleh si zionis laknatullah. Pemuda ini dicederakan kerana mahu pertahankan kesucian Masjidil Aqsa. Allahu. Mulianya hatimu sahabat.

Keadaan ini cukup menghibakan saya.

Dan menyebabkan saya berfikir, apa yang saya buat saat rakan rakan di Palestin mempertaruhkan nyawa dan darah mereka demi agama.

Atas rasa keinsafan, saya segera menggerakkan 3 inisiatif untuk kita di Malaysia dan seluruh bumi Nusantara ini menghantar bantuan kecemasan.

Ada 3 bantuan yang boleh kita buat untuk bantu umat Islam Palestin.

Kita panjatkan doa dan munajat agar Allah turunkan bantuan kepada Umat Islam Palestin. Ingat, doa adalah senjata umat islam.

1

Kita sebarkan mesej ini, agar lebih ramai tahu apa yang sedang terjadi di bumi palestin ini. Saat ini, zionis Israel bukan sahaja sedang merobek kesucian masjidil Al Aqsa, bahkan sedang merampas tanah palestin di perkampungan syeikh Jarrah berhampiran masjidil Aqsa. Ini memang biadap dan tidak berperikemanusiaan. Rampas tanah orang sesuka hati. Memang perangai zionis.

2

Kita bergabung usaha untuk bantu ratusan yang tercedera. Kita kumpulkan dana kecemasan untuk ringankan beban perubatan. Dan dana itu kita hadiahkan kepada keluarga yang terlibat untuk hiburkan hati mereka supaya mereka tahu yang mereka tidak keseorangan. Mereka tahu rakyat Malaysia seperti anda adalah sebahagian dari pejuang Palestin

3

Insya Allah, Sebahagian dana itu kita salurkan juga untuk bantuan makanan dan duit raya agar rakyat Palestin dapat gembira di Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Di penghujung Ramadhan ini, saya merayu dengan penuh rendah hati, ayuh kita bergabung usaha kita bantu mereka.

Masih ada peluang kita rebut ganjaran Ramadhan ini. Jangan kita terlepas peluang bersedekah di bulan Ramadhan ini.

Kalau ada 10,000 orang sudi menyumbang rm100 setiap seorang, bayangkan, kita sudah dapat menyalurkan 1 juta ringgit untuk sahabat kita di Palestin. Subhanallah. Inilah kuasa jemaah. Kuasa solidariti.

Bersedekahlah. Walau apa pun jumlahnya. Serendah rm1 pun tidak mengapa. Kalau ada lebih, kita sedekah lebih. Percayalah, tidak rugi orang yang bersedekah. Apatah lagi kita masih dibulan Ramadhan, ayuh kita rebut ganjaran sedekah di bulan Ramadhan ini.

Insya Allah, sumbangan anda yang disampaikan akan kami update perkembangannya di media sosial Serantau Muslim. Insya Allah, wang sedekah anda akan benar benar sampai ke mereka yang memerlukan.

Ingat, bumi palestin ialah bumi umat islam. Ia tanah air kita. Kalau bukan kita yang pertahanankannya, siapa lagi?

Salam 27 ramadhan

Ustaz Hakim

Ustaz Hakim Mohd Nor

Keadaan ini cukup menghibakan.

Sumbang Sekarang!

© Copyright Serantau Muslim 2021 ​